Sunday, June 19, 2011

koleksi ..mutiara madah..

Aku bukanlah orang yang hebat..
 tapi aku mahu belajar dari orang2 yang hebat..
aku adalah orang biasa..
tapi aku ingin menjadi orang yg luar biasa..
aku bukanlah org yang istimewa..
tapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa..




saya percaya esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku
hari ini..
tapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada
hari esok..



kita sering mahukan hari yang cerah..
tetapi allah lebih tahu hakikat hujan perlu diturunkan..



apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan,
sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal..
dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa,
sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan kekal..



cinta tak pernah meminta,
ia sentiasa memberi..
cinta membawa penderitaan,
tetapi tak pernah berdendam..
dimana ada cinta,di situ ada kehidupan..



jika ingin mendapatkan cinta yg ikhlas,
maka sudah seharusnya kita yg lebih dahulu memberi cinta yg ikhlas..
sukailah seseorang tanpa niat lain kecuali ingin menjadi pasangan yang
halal dan mendapat redhanya..
cintailah seseorg kerana agamanya..
pilihlah seseorang yg datang tanpa menabur banyak janji..
mereka yang memiliki cinta suci adalah mereka yg tak kan menyentuhmu
sebelum dia halal bagimu...



it hurts to see the person u love happy with someone else..
but it hurts even more to see the person u love unhappy with u..



kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha,
bersungguh,bersabar dan berdoa..
belum tentu hari ini kita akan berada di sini..

( ^ ^ )
( ^ ^ )


Tuesday, May 31, 2011

--orang kata--

ahad..2:40am...23/5/2011...


orang kata...
hidup kita (manusia) sentiasa bergelumang dengan air mata..
dari awal permulaan hinggalah ke akhir perjalanan..faktanya...
semasa dilahirkan kita menangis..
jika kita sedih kita menangis..
jika kita gembira juga kita akan menangis..
dan bila sampai waktu ajal kita..semua org akan menangis..
benarkah begitu?..

ada orang kata...
hidup ni adalah bertentangan dengan apa yg kita inginkan..maksudnya...
jika kita mahukan kebahgiaan kita akan diberi derita..
jika kita mahukan derita kita pasti bahagia..
jika kita mahu jadi seorang yang jahat kita pasti akan menang..
jika kita mahu jadi sebaik-baiknya kita pasti akan kalah..
benarkah begitu?..

orang kata...
kehidupan ni ada pelbagai warna..
perjalanannya mempunyai banyak rasa..
kadang2 kita mampu untuk melangkah walaupun ianya amat payah..
terkadang kita tersadung lemah mencari arah..

kata saya...
hidup ini adalah ketentuan..bukannya pilihan..
manusia hanya mampu merancang namun DIAlah penentu segalanya..
susah payah yang kita lalui bukanlah penamat pada semuanya..
dugaan adalah titik permulaan  dalam mencari bahagia..
bersabarlah..
ucaplah alhamdulillah kerana kita masih dipinjamkan nyawa..
ini bermakna hari kita masih ada..
lakukan yang terbaik..yang termampu..
allah akan sentiasa bersamamu...

Tuesday, May 3, 2011

--ratuku--

ratuku...
inginku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan tentang
kebimbangan diriku ini,
tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
dipetik tangan-tangan ganas lagi bernafsu serakah...

ratuku...
kebimbanganku ini masih menebal apabilaku dengar  dengungan
kumbang perosak yang cuba menyedut madumu tanpa relamu...

ratuku...
kebimbanganku bertambah lagi bilaku melihat,
bunga yang tidak segan silu melempiaskan kecantikannya ketika
sedang mekar..
ia melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya...

ratuku...
aku masih terpinga-pinga...
masih wujudkah lagi ratu idaman hati?..kerana,
apa yang aku lihat kini semakin banyak bunga-bunga bagaikan
tiada musim luruh...

ratuku...
bukan ku harap kau segagah siti hawa yang berlari-lari antara
safa dan marwah..
bukan juga sesetia ainul mardhiah menanti kekasih di pintu syurga..
ratuku...
akuilah hakikat tersurat engkau bukanlah siti khadijah mahupun
siti fatimah..
engkau bukan siti aisyah bukan juga rabiatul adawiyah,
wanita suci terpiji...kerana,
aku tak layak berharap sedemikian rupa..
cukup sekadar engkau mencontohi bunga-bunga itu,
kembang mekar mewangi sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga..
kadangkala musim berganti.
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar,
usah kau risau ratuku,
itu hanyalah ujian buatmu...

ratuku...
esok,musim bunga pasti akan tiba,
dan engkau mampu berkembang lagi..cuma,
apa yang kuharapkan ketika itu,,jagalah kelopakmu..
jangan sampai tangan-tangan kasar memetiknya lagi..
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu..
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu cuba merosakkan serimu..kerana,
kau ratu idaman kalbu..

ratuku...
aku yakin akan ada sinar harapan yang bisa buatku 
tersenyum lega..kerana,
aku akan temui ratu yang benar-benar ratuku...

Sunday, April 24, 2011

--DIA itu--

assalamualaikum...


    cepat je rasanya masa berlalu..tak sangka betul...
apa yang dirancang semalam dah pun berkecai serta berderai dengan sekelip mata..dia tu...baru je nak rasa sedikit nikmat kebahgiaan,
           baru je nak pasang impian..tapi...
keadaan,suasana,persekitaran dan semua perkara tidak memihak padanya...
dia tu...baru je nak menikmati suasana di mana ada yang memahami dirinya... 
            baru je nak pulih dari ketakutan...    
            baru je nak merasai secebis kasih sayang...tapi..
 semuanya hancur dalam masa yang amat singkat..
tanpa dia duga...tanpa sesiapa pun duga.. 


   semalam...
dia tu membina sebuah impian..
cuba menggapai apa yang selama ini dia inginkan..
baru je dia bangkit dari kelemahan..
baru je dia bersemangat nak timba ilmu pengetahuan..
baru je sejenak dia rasa semua tu...tapi..
hari ini dia dah jatuh  kembali..
seakan tak mampu untuk bangkit kembali..
diterjah dari kanan dan kiri..
di asak dari atas serta tepi... 




cepat betul masa berlalu...
         begitu pantasnya semua itu berlaku..
         hanya dalam masa beberapa minggu,
         ujian datang padanya berderu-deru..
         jalan yang dia lalui penuh berliku..
cepat betul masa berlalu...
         semuanya kini bermula dari awal kembali..
         dia perlu garap kembali satu persatu..
         kesudahannya bagaimana hanya allah yang tahu..           

         

Monday, April 4, 2011

mutiara_madah

mengapa dan bagaimanakah untuk aku tempuhi..
untuk aku jalani satu dimensi..
di saat masa terus berputar..
pada ketika kau bermaharajalela..
sandiwara sentiasa dipentaskan setiap masa.. 

 apakah tidak aku belajar sesuatu sedangkan ini bukan 
sekali terjadi padaku..
fikiran karut marut diracuni ideologi yang berpaksi pada duniawi..
minda reput membusuk dikuasai anasir keji yang amat ngeri..

aduhai sudahlah...
cukuplah tersesat oleh pesona nikmat keduniaan..
bebaskan hati dari belenggu nafsu yang  memusnahkan..
jangan hingga terlewat..
sekujur tubuh ini akan dikuburkan bila tiba saatnya..
roh dan jasad akan kembali semula pada pencipta..
kau dan aku akan mati..
sedarlah sebelum kau tak sempat untuk sedar..
bangunlah..


Tuesday, March 22, 2011

ujian ALLAH

Ya allah..
tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang engkau
permudahkan..
engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya
engkau kehendaki..
aminnnn...

tidak ada yang mudah di dunia ini..
keamanan..kebahgiaan dan kejayaan..
semua itu memerlukan pengorbanan..
ia memerlukan usaha dan jerih perih kesungguhan,
allah tidak pernah berjanji bahawa hidup ini senang..
tapi dia berjanji untuk bersama dengan hambanya yang dalam kesusahan..
berdoalah pada allah...merintihlah pada pencipta..
nescaya DIA akan perkenankan..

kita tak mahu terus hidup dalam penderitaan yang penuh penyeksaan..
kita tak mahu terus diuji dengan ujian yang dirasakan amat berat sekali..
kita tak mahu gagal dan terus gagal..
kita tak pernah mahukan semua itu..
tapi hakikatnya itulah hidup..apa yang kita tak mahu itulah yang selalunya terjadi..
fikirkan sejenak...
tanpa dugaan dan cabaran hilanglah kemanisan hidup ini..
umpama air kopi tanpa gula..tawar dan pahit..

bersyukurlah kerana adanya ujian..
ia mengajar kita untuk jadi manusia yang tabah..
mendidik kita supaya mempunyai sifat sabar..
memupuk semangat melawan serta tak mahu mengalah..
dan yang paling penting memberi kita kesempurnaan hidup..
jadikan setiap ujian sebagai jambatan untuk kita mencapai kejayaan..
kalau jatuh, terduduk bangkitlah semula..
jadikan setiap hari sebagai hari baru untuk kita mulakan langkah..
insyaallah kita akan berjaya di dunia dan akhirat..