Tuesday, March 22, 2011

ujian ALLAH

Ya allah..
tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang engkau
permudahkan..
engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya
engkau kehendaki..
aminnnn...

tidak ada yang mudah di dunia ini..
keamanan..kebahgiaan dan kejayaan..
semua itu memerlukan pengorbanan..
ia memerlukan usaha dan jerih perih kesungguhan,
allah tidak pernah berjanji bahawa hidup ini senang..
tapi dia berjanji untuk bersama dengan hambanya yang dalam kesusahan..
berdoalah pada allah...merintihlah pada pencipta..
nescaya DIA akan perkenankan..

kita tak mahu terus hidup dalam penderitaan yang penuh penyeksaan..
kita tak mahu terus diuji dengan ujian yang dirasakan amat berat sekali..
kita tak mahu gagal dan terus gagal..
kita tak pernah mahukan semua itu..
tapi hakikatnya itulah hidup..apa yang kita tak mahu itulah yang selalunya terjadi..
fikirkan sejenak...
tanpa dugaan dan cabaran hilanglah kemanisan hidup ini..
umpama air kopi tanpa gula..tawar dan pahit..

bersyukurlah kerana adanya ujian..
ia mengajar kita untuk jadi manusia yang tabah..
mendidik kita supaya mempunyai sifat sabar..
memupuk semangat melawan serta tak mahu mengalah..
dan yang paling penting memberi kita kesempurnaan hidup..
jadikan setiap ujian sebagai jambatan untuk kita mencapai kejayaan..
kalau jatuh, terduduk bangkitlah semula..
jadikan setiap hari sebagai hari baru untuk kita mulakan langkah..
insyaallah kita akan berjaya di dunia dan akhirat..