Tuesday, May 31, 2011

--orang kata--

ahad..2:40am...23/5/2011...


orang kata...
hidup kita (manusia) sentiasa bergelumang dengan air mata..
dari awal permulaan hinggalah ke akhir perjalanan..faktanya...
semasa dilahirkan kita menangis..
jika kita sedih kita menangis..
jika kita gembira juga kita akan menangis..
dan bila sampai waktu ajal kita..semua org akan menangis..
benarkah begitu?..

ada orang kata...
hidup ni adalah bertentangan dengan apa yg kita inginkan..maksudnya...
jika kita mahukan kebahgiaan kita akan diberi derita..
jika kita mahukan derita kita pasti bahagia..
jika kita mahu jadi seorang yang jahat kita pasti akan menang..
jika kita mahu jadi sebaik-baiknya kita pasti akan kalah..
benarkah begitu?..

orang kata...
kehidupan ni ada pelbagai warna..
perjalanannya mempunyai banyak rasa..
kadang2 kita mampu untuk melangkah walaupun ianya amat payah..
terkadang kita tersadung lemah mencari arah..

kata saya...
hidup ini adalah ketentuan..bukannya pilihan..
manusia hanya mampu merancang namun DIAlah penentu segalanya..
susah payah yang kita lalui bukanlah penamat pada semuanya..
dugaan adalah titik permulaan  dalam mencari bahagia..
bersabarlah..
ucaplah alhamdulillah kerana kita masih dipinjamkan nyawa..
ini bermakna hari kita masih ada..
lakukan yang terbaik..yang termampu..
allah akan sentiasa bersamamu...

1 comment:

  1. pedulikan kata orang...,hidup kita,kita yang mencoraknya..

    ReplyDelete