Tuesday, May 31, 2011

--orang kata--

ahad..2:40am...23/5/2011...


orang kata...
hidup kita (manusia) sentiasa bergelumang dengan air mata..
dari awal permulaan hinggalah ke akhir perjalanan..faktanya...
semasa dilahirkan kita menangis..
jika kita sedih kita menangis..
jika kita gembira juga kita akan menangis..
dan bila sampai waktu ajal kita..semua org akan menangis..
benarkah begitu?..

ada orang kata...
hidup ni adalah bertentangan dengan apa yg kita inginkan..maksudnya...
jika kita mahukan kebahgiaan kita akan diberi derita..
jika kita mahukan derita kita pasti bahagia..
jika kita mahu jadi seorang yang jahat kita pasti akan menang..
jika kita mahu jadi sebaik-baiknya kita pasti akan kalah..
benarkah begitu?..

orang kata...
kehidupan ni ada pelbagai warna..
perjalanannya mempunyai banyak rasa..
kadang2 kita mampu untuk melangkah walaupun ianya amat payah..
terkadang kita tersadung lemah mencari arah..

kata saya...
hidup ini adalah ketentuan..bukannya pilihan..
manusia hanya mampu merancang namun DIAlah penentu segalanya..
susah payah yang kita lalui bukanlah penamat pada semuanya..
dugaan adalah titik permulaan  dalam mencari bahagia..
bersabarlah..
ucaplah alhamdulillah kerana kita masih dipinjamkan nyawa..
ini bermakna hari kita masih ada..
lakukan yang terbaik..yang termampu..
allah akan sentiasa bersamamu...

Tuesday, May 3, 2011

--ratuku--

ratuku...
inginku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan tentang
kebimbangan diriku ini,
tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
dipetik tangan-tangan ganas lagi bernafsu serakah...

ratuku...
kebimbanganku ini masih menebal apabilaku dengar  dengungan
kumbang perosak yang cuba menyedut madumu tanpa relamu...

ratuku...
kebimbanganku bertambah lagi bilaku melihat,
bunga yang tidak segan silu melempiaskan kecantikannya ketika
sedang mekar..
ia melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya...

ratuku...
aku masih terpinga-pinga...
masih wujudkah lagi ratu idaman hati?..kerana,
apa yang aku lihat kini semakin banyak bunga-bunga bagaikan
tiada musim luruh...

ratuku...
bukan ku harap kau segagah siti hawa yang berlari-lari antara
safa dan marwah..
bukan juga sesetia ainul mardhiah menanti kekasih di pintu syurga..
ratuku...
akuilah hakikat tersurat engkau bukanlah siti khadijah mahupun
siti fatimah..
engkau bukan siti aisyah bukan juga rabiatul adawiyah,
wanita suci terpiji...kerana,
aku tak layak berharap sedemikian rupa..
cukup sekadar engkau mencontohi bunga-bunga itu,
kembang mekar mewangi sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga..
kadangkala musim berganti.
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar,
usah kau risau ratuku,
itu hanyalah ujian buatmu...

ratuku...
esok,musim bunga pasti akan tiba,
dan engkau mampu berkembang lagi..cuma,
apa yang kuharapkan ketika itu,,jagalah kelopakmu..
jangan sampai tangan-tangan kasar memetiknya lagi..
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu..
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu cuba merosakkan serimu..kerana,
kau ratu idaman kalbu..

ratuku...
aku yakin akan ada sinar harapan yang bisa buatku 
tersenyum lega..kerana,
aku akan temui ratu yang benar-benar ratuku...